Friday, October 14, 2011

Indonesia Trip


Indonesia Trip By Bachelor of Industrial Psychology, Unisel.

Ok, here we go =)





Tengkuban Perahu


Tengkuban Perahu


LEMBAGA KETAHANAN NASIONAL REPUBLIK INDONESIA
 (LEMHANNAS)


Tenaga pengajar dan pelajar-pelajar
 UNIVERSITAS TRISAKTI

Tenaga pengajar dan pelajar-pelajar
UNIVERSITAS PERSADA


Tenaga pengajar
UNIVERSITAS IBNU KHALDUN, BOGOR

Pelajar-pelajar
SEKOLAH TINGGI ILMU ADMINISTRASI MANDALA , INDONESIA
(STIAMI)
One of the Unisel Delegates


Kawan-kawan Politeknik LP3i


Teman-teman yang sporting bangat deh 


Rumah Penginapan milik LP3i di PUNCAK


Flying without wing 


Kelapa Lagoon
Something will not be forgotten here


RUMAH MODE Shopping Time


Cewek-cewek anggun gitu


MACET !!! (maksudnya jem)


Agak-agaknya lah, apa yang tergantung kat situ ya ?

It's Durian la :)


~The End~

Wednesday, October 5, 2011

Karya Antik ku !

Entri kali ini berkenaan dengan karya lama aku. Karya ni tak la lama sangat pun. Masa aku tingkatan enam atas aku buat tetapi itulah kalau nak dibandingkan dengan karya-karya yang ada sekarang, memang jauh juga rasanya aku tertinggal. Karya kanak-kanak ribenalah katakan tetapi karya inilah yang aku hantar kat majalah sekolah dan dengan perasaan langsung tak sangka, karya ni terpilih untuk masuk ruang karya. Sebenarnya tak lah gempak sangat pun, biasa-biasa sahaja. Pada mulanya aku sering lihat contoh-contoh yang ada pada majalah sekolah lain, dan aku adaptasi sikit-sikit bagaimana cara menghasilkannya. Lalu, terhasillah karangan yang tidak seberapa ini. Jom kita imbau balik zaman aku muda-muda dulu :)

             
Tak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air setelah 7 tahun aku berada di Leichester,United Kingdom.Akhirnya cita-citaku untuk mendapatkan Master (MBA) dalam bidang Kesusasteraan Inggeris termakbul jua.Minggu depan,aku akan pulang ke tanah air.Sedih pula rasanya untuk meninggalkan memoriku di sini tetapi mengingatkan keluarga dan rakan taulan di Malaysia,semangat untuk pulang berkobar-berkobar.

Selalunya aku akan melayari internet untuk mengetahui perkembangan di Malaysia,maklumlah itu sahaja perhubungan paling murah.Kalau nak telefon aku tak mampu.Sewaktu aku membaca tajuk artikel dengan lebih terperinci,aku terperasan artikel mengenai MERCY MALAYSIA.Aku lihat dengan lebih dekat,dan tanpa aku duga,gambar yang terpapar di sebelah artikel tersebut ialah YANI,rakan sekelasku dahulu.Aku baca dengan lebih lanjut mengenai artikel tadi.Ia menyatakan bahawa Yani adalah salah seorang dari warga Malaysia yang menyertai MERCY dan sekarang dia berkhidmat di Afrika Selatan.Tidak hairanlah kerana dulu Yani adalah seorang ahli PBSM di sekolahku.Cayalah……

Masa yang ditunggu telah tiba.Kini,aku berada di Lapangan Terbang United Kingdom.Tak silap aku,pesawat akan berlepas dua jam dari sekarang.Tiba-tiba ada suara serak-serak basah menegurku dari belakang.Perempuan yang menegur aku ni orang melayu pula tu….Dah sampai kat Malaysia ke ni???Tak disangka-sangka rakanku,SALWA menyapaku.Kami berbual hampir sejam lebih.Rupa-rupanya dia dah jadi wartawan,sebab tu la dia di sini.Katanya dia sedang membuat liputan di United Kingdom.Salwa memberitahuku,rakanku AZLAN sudah menjadi Pegawai Armada Tentera Laut Diraja Malaysia.Pergh!Hebat juga mamat yang seorang ni.ZAHER ketua kelasku dahulu dah jadi pemain bola sepak kebangsaan dan Salwa memberitahuku lagi,Zaher mendapat tawaran untuk menyertai pasukan Portugal,tetapi dia menolak kerana dia ingin berbakti kepada negara.Fuh!Tercengang aku dibuatnya….

Kami tidak boleh berbual lama kerana masa berlepas hanya tinggal 30 minit sahaja lagi.Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Salwa.Aku tersenyum mengingatkan rakan-rakanku.Masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka sendiri.Sedang aku mengelamun sendiri di dalam pesawat,aku terdengar suara seakan-akan aku kenali,tapi di mana ya???Aku menjengukkan kepalaku kehadapan untuk mendapatkan kepastian.Sah!Memang dia.Tanpa segan silu,aku terus menyapanya.Ternyata dia terkejut dengan tindakanku tetapi tidak pula memarahiku malah hanya tertawa di hadapanku.Itulah INA,sahabat lamaku yang tidak lokek dengan senyuman.Kami saling bertanya khabar.Katanya dia ke UK untuk makan angin.Dia kini Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat besar di Asia Tenggara.Nasib baik bukan di Asia Barat,kalau tidak hanya Tuhan yang tahu nasibnya…..

Selepas berjam-jam dalam pesawat,saat yang kunanti telah tiba,akhirnya sampai juga aku di Malaysia.Saat itu,aku berpisah dengan Ina,maklumlah kami mempunyai komitmen masing-masing.Aku lihat KLIA sudah banyak mengalami perubahan,sungguh canggih.Mak dan abah tidak tahu kepulanganku hari ini.Aku menyatakan bahawa aku pulang minggu depan.Nak buat “suprise” konon!!!Oleh sebab ketibaanku agak lewat malam itu,aku terus menginap di Hotel Pan Pasific,berdekatan dengan KLIA.Setelah aku “Check In”,aku mendapat risalah mengenai hotel tersebut.Terkejut besar aku dibuatnya!Mana tidaknya rakanku yang biasa kugelar ROY dah jadi Datin Rohaya.Dia kini Pengarah Urusan Hotel Pan Pasific.Sayang sekali aku tidak dapat bertemu dengannya.Mungkin kerana terlalu letih,aku terlena sehinggalah subuh menjelma.Hari ini aku merancang hendak bersiar-siar bersama rakan karibku,MIZA.Malangnya dia tiada di rumah.Ibunya memberitahuku bahawa Miza terlalu sibuk dengan tugasnya.Maklumlah,tugas seorang Pegawai Polis bukannya mudah kerana terpaksa mengorbankan masa dan tenaga.Timbul juga dibenak fikiranku,bagaimana dia menjadi seorang Pegawai Polis sedangkan di zaman persekolahanku,kami semua memanggilnya ustazah.Ish..ish..ish..dah nasib nak buat macammana???



Tidak lama kemudian,aku singgah di sebuah kedai majalah yang terdapat di situ.Aku dapat rasakan tanganku cukup senang menggapai majalah politik yang selama ini belum pernah kubaca.Tajuk depannya membuat aku tertarik “DATUK ZAMRI ADUN SG.SIPUT”.Nampaknya sahabatku ini sudah menggantikan tempat Datuk Seri S.Sammyvellu.Termakbul juga cita-citanya untuk menjadi ahli politik.Aku membeli majalah tersebut walaupun harganya agak keterlaluan.Member punya pasal,tak kisahlah….Malam itu aku makan di sebuah restoran.Lazat sungguh masakannya.Memandangkan aku adalah jenis manusia yang tidak segan silu bertanya,aku memanggil salah seorang pekerja untuk bertanya mengenai pemilik restoran.Pekerja tersebut meminta aku supaya menunggu sementara dia memanggil bosnya.Selepas beberapa ketika,aku lihat seperti seseorang yang aku kenali berjalan beriringan dengan pekerja tadi.Rupa-rupanya dia adalah sahabat lamaku,MASTURA.Kini dia sibuk menguruskan restorannya di Johor.Dia ke Kuala Lumpur kerana hendak memantau keadaan restorannya.Katanya lagi,dia mempunyai 14 cawangan termasuklah di Sabah dan Sarawak.Beruntung rakanku…….kalau nak makan,tak payah menyusahkan diri pergi ketempat lain.Walaupun dia sibuk tetapi dia masih sempat lagi bercerita mengenai rakan-rakan kami.Kata Mastura,ALONG dan LIZA membuka sebuah firma guaman mereka sendiri iaitu ALLIZ &  CO.Tak sangka aku.Akhirnya mereka jadi rakan kongsi.Keakraban mereka benar-benar membuatkan aku kagum.Fu-yoh!
                       
FAZRIN dan ILA pula dah cikgu.Fazrin mengajar subjek Pengajian Am 2.Dengar cerita dia dah menggantikan Cikgu Halimi di sekolah lamaku,Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah.Aku hanya tersenyum mengenangkan Fazrin.Ila pula mengajar subjek Sejarah di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi.Cayalah diorang,jadi cikgu…..IKIN,ATIKAH dan HADJAR masing-masing jadi pensyarah.Ikin pensyarah di UITM,Atikah di UM manakala Hadjar pula di UIAM.Tak sangka aku,diam-diam ubi berisi rupanya.Maknanya kalau aku terserempak dengan mereka,terpaksalah aku memanggil mereka Profesor!Pergh!Dasyat sungguh…..Mastura menyatakan lagi bahawa  YOEP dan PIE dah insaf…Agaknya dah dapat taufik dan hidayah la tu!Mana tidaknya Yoep dah jadi Imam Besar di masjid Putrajaya,Pie pula dah jadi Tok Kadi..Jangan dia yang kahwin banyak kali sudahlah…
                       

Selepas makan aku bercadang bersiar-siar di kompleks membeli belah.Aku mengajak Mastura menemaniku,tetapi memandangkan dia terlalu sibuk,akhirnya aku membuat keputusan untuk berseorangan sahaja.Aku berjalan dan terus berjalan sehinggalah kakiku terasa ingin berhenti melangkah.Aku lihat ada sebuah butik di hadapanku.Aku terus melangkah kedalam tanpa berfikir panjang.Entahlah!Pelik bin ajaib!Kerana aku rasakan seperti ada sesuatu yang menarik aku ke sini.Sedang aku membelek-belek barangan,ada satu suara garau menyapaku.Terkejut sungguh aku dibuatnya karana aku sangkakan jin mana yang menegurku diwaktu siang.Rupa-rupanya dia adalah manusia yang merupakan rakan sekelasku sewaktu aku berada ditingkatan 6 iaitu AMIR.Kami berbual di butik itu walaupun jurujualnya sudah menjeling tajam kearah kami.Kami berbual mengenai perkembangan terkini masing-masing.Dia kini seorang Penguatkuasa Undang-undang.Aku terasa agak aneh karana masakan seorang lelaki mahu masuk kebutik yang biasanya dimonopoli kaum wanita kecualilah dia P.O.N.D.A.N….Kemusykilan aku akhirnya terjawab apabila dia memegang sehelai tudung.Katanya buat tunang tersayang.Aku hanya tersenyum kambing….
                       
Setelah agak lama berbual,aku meminta izin untuk pulang.Kami pun berpisah di situ.Kakiku terus melangkah sehingga sampai ke sebuah kedai rekaan dalaman.Walaupun dari luar,aku sungguh tertarik dengan hasil rekaannya lalu terus masuk ke kedai tersebut.Tidak semena-mena ada sepasang tangan menepuk bahuku dari belakang.Sungguh tidakku sangka,manusia itu amat aku kenali.Aku masih ingat lagi raut wajahnya sehingga kini.Rupa-rupanya premis perniagaan ini miliknya.Agak aneh bagiku kerana semasa kami berada di tingkatan 6,kami menuntut dalam jurusan sejarah bukannya rekaan dalaman.Walaubagaimanapun aku berasa sungguh bangga kerana terdapat anak melayu yang mampu berjaya dalam bidang rekaan dalaman.Katanya dia belajar dari Eric Leong,pereka dalaman yang terkenal tu.Lantak kaulah ZILA,janji kau bahagia…Dia menceritakan kepadaku tentang sahabat lama kami,SHILA dan HAFIZA.Shila dah jadi jururawat di  Hospital Ipoh.Bukan sebarang jururawat,Ketua Jururawat tu…Fuh!Hafiza pula dah jadi Pendakwa Raya.Macam tak percaya rasanya,sebab dulu dia seorang yang pendiam.Sedar tak sedar,sudah lama aku di sini.Sebelum pulang aku di beri cenderahati berupa kad diskaun sekiranya aku ingin membeli barangan di situ.Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.
                       
Aku pulang ke hotel dengan senang hatinya.Sebelum tidur aku sempat membuka televisyen yang sebelum ini belum sempat kubuka.Aku buka siaran yang menyiarkan berita.Terkejut beruk aku dibuatnya.Orang yang ditemuramah itu seperti pernah kulihat,tapi dimana ya???Otakku ligat berputar kembali kezaman remajaku,ala,zaman muda-muda dulu la…Setelah penat memerah otak dengan asam limau,baru kuteringat.Rupa-rupanya dia adalah rakan sekelasku dahulu,DAUD.Setahu aku menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk berjalan mengelilingi sekolahsehinggakan kami semua menggelarnya juru ukur sekolah tetapi masa merubah segalanya.Dia kini bergelar seorang Dato.Dato Bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Fuh!Cayalah!Mungkin kerana terlalu keletihan,aku pun terus terlena.
                       
Keesokan harinya,aku bercadang untuk pulang ke kampung.Rindu benar aku terhadap kampungku.Tanpa membuang masa,aku terus mengemas pakaian dan “Check Out”dari hotel.Setibanya aku di kampung,mak dan abah terkejut melihat kepulanganku kerana sepatutnya aku pulang 2 atau 3 hari lagi,jadi mereka tidak membuat persediaan untuk menyambut kepulanganku.Aku langsung tidak menghiraukan itu semua kerana kerinduanku terhadap orang tuaku dan kampung halaman sudah terubat.Petang itu aku berjalan mengelilingi kampung,maklumlah sudah bertahun lamanya aku tidak menjejakkan kakiku ke sini.Sedang aku berjalan-jalan sambil menikmati keindahan kampung,aku terserempak dengan ASMAH,iaitu sahabat lama yang tinggal sekampung denganku.Setelah berbual agak lama dengannya,barulah aku ketahui yang dia kini bertugas sebagai Pegawai Waren 1 Komunikasi Radio(PW 1 KMR)  di Pelabuhan Lumut.Dia juga menceritakan mengenai MUNIRAH dan EZAN.Munirah juga dalam pasukan unit beruniform Cuma berbeza angkatan sahaja.Munirah memilih Tentera Udara sebagai kerjaya tetapnya.Munirah dahulu seorang atlet jadi dia tidak mempunyai masalah dalam perkara-perkara yang memerlukan ketahanan fizikal.Mungkin sebab itulah dia memilih Tentera Udara.Dengar cerita dia dah berpangkat Pegawai Waren Udara.Berbeza pula dengan IZAN.Dia kini sibuk menguruskan Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI).Laa…..Rupa-rupanya dia jadi Pegawai Imigresen.Sedikitpun perasaan hairan tidak timbul dalam hatiku kerana setahu aku dia adalah seorang pengawas sekolah yang berdedikasi.Sedikit sebanyak tugas seorang Pegawai Imigresen sama seperti pengawas sekolah.Ikut suka kaulah Izan…..
                       
Tiba-tiba……...Oi!Bangunlah,Cikgu Najib masuk…….Cepatlah!Nanti dia marah,padan muka kau.Miza mengejutku.Astaghfirullah Hal Azim…….Mimpi rupanya.Cis!Ingatkan betul!Aku tersenyum seperti kerang busuk tetapi sempat jua aku berdoa dalam hati moga-moga mimpi tadi menjadi satu kenyataan……..


Buat Teman Seperjuangan:

“Laluilah pelayaran kehidupan ini dengan bersenjatakan akal dan ilmu pengetahuan yang melahirkan pengalaman serta menjadikan anda seorang yang sewajarnya bertakhta di atas muka
bumi ini”

                                                                                   
Ledakan Otak                                                                                                                               
Yuhin Affa Asaduhaq
6 Atas 2                      


Jadi, inilah dia hasil penulisan aku bila aku zaman muda-muda dulu. Tak tahulah kenapa, sejak dari dulu aku gemar menggunakan perkataan ledakan otak. Nampak macam smart, sebab itu aku suka agaknya. Yuhin Affa Asaduhaq pula aku gunakan sebagai nama pena. Nama yang agak pelik tapi aku masih suka. Keseluruhanya, agak skema tapi tak mengapa sebab sekarang pun masih lagi skema dari segi gaya penulisan :) Disebabkan ianya untuk sekolah, aku terfikir untuk menghasilkan cerita mengenai rakan-rakan sekelas. Mana tahu suatu masa nanti aku akan mengimbau kembali kenangan kami dengan perasaan yang super seronok apabila aku membacanya. 

Pada kawan-kawan kelas masa ditingkatan 6 ATAS 2, SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak, aku mahu korang tahu yang aku sentiasa rindu saat-saat kita berjuang mencari ilmu sambil diselangi dengan gelak tawa kita semua. Saat kita menjadi kanak-kanak walaupun hakikatnya kitalah yang paling dewasa. Saat kita bekerjasama apabila kerja sekolah yang diberi cikgu tak lagi terlaksana. Saat-Saat itu sebenarnya akan tetap terpahat kukuh dalam sanubari aku selagi aku masih benafas dibumi yang nyata.

p/s : sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)

Ledakan otak,
Pa Azna aka Tuan Punya Blog


                                                                                                                                                                                                                        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...