Monday, May 19, 2014

ABU



Aku pandang Abu. Abu pun pandang aku.

Aku tanya, kau apahal ? Dia diam, langsung tak menyahut.

Aku tanya lagi, Kau sudah makan ? Dia pandang saja muka aku. Matanya disepetkan.

Comel pula aku tengok dia. Geram pun ada.

Aku kata, kalau kau nak makan, aku sudah siapkan, ada dekat dapur, pergilah.

Dia diam dan matikan diri.

Aku pelik. Dia tak pernah buat perangai begitu. Aku ingat dia buang tabiat. Ah, lantaklah.

Tak lama kemudian, aku duduk bersila dihadapan tv lepas makan.
Tiba-tiba Abu datang. Aku tengok mukanya sudah lain macam.

Dia mahu duduk atas aku. Kasihan pula aku tengok. Jadi aku biarkan saja perbuatannya.

Tiba-tiba Abu bangun. Dia tengok muka aku. Aku pelik. Baru aku perasan ada benda atas seluar aku.

Bila aku tengok, baru aku tahu. Patutlah. Kenapalah aku tak perasan ?

Aku sudah pening, nak panggil ambulance kah ? atau panggil bidan saja ? atau aku saja yang jadi bidan.

Tolonglah Abu, apa nak buat ni ? Satu saat, Dua saat, Tiga saat..
Oh ya, cuba tanya mak, mak mesti tahu tanda-tanda bersalin.

Sepanjang pengetahuan aku, kalau bersalin air ketuban yang keluar.
Tapi ini, ah, aku mati akal pasal namanya.

Malam itu, kami sekeluarga teman Abu, kasihan, suami dia tak ada.
Tapi aku tahu Abu kuat sebab dia lain dari yang lain.

Malam tu, aku dapat anak buah.
Abah antara yang seronok sebab mana pernah dapat cucu.
Yang sulung Brado, yang kedua Stacie, yang Ketiga Black, dan yang bongsu Sam.
Amboi, cepat betul bagi nama.

Tapi ada perkhabaran kurang baik. Brado hilang dalam masa seminggu lepas dilahirkan.
Black pula dah masuk syurga. Jadi, tinggallah Stacie dan Sam yang jadi buah hati pengarang jantung.

kasihan Abu, tough sungguh dugaannya. Tak apa Abu, syurga tempat kau dan anak-anak.



ABU

DARI KIRI : BRADO, STACIE, BLACK & SAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...